15 November 2012

Setiap perkara kita buat itu adalah kenangan

Assalamualaikum wbt :)

Syukur Alhamdulillah, hari ni hari pertama Maal Hijrah. Hari ni semua orang cuti. Terfikir, apa ye kawan-kawan Lia buat cuti hari ni? Jalan-jalan? Kemas rumah? Panjat pokok? Swimming? Macam-macam yang terlintas dalam otak ni. Hehe. Tapi, Lia pula, hari ni Lia semangat list down balik perkara yang Lia buat and yang Lia pernah sertai dari zaman Lia muda sampailah sekarang. But still maintain muda and cute yea! Ahaks. Joking! Okay, Seriously semua benda Lia buat itu adalah kenangan dalam hidup Lia. Di sebabkan hari ini pon adalah Maal Hijrah, jadi Lia ambil satu masa ni duduk diam and fikir apa yang Lia nak buat dalam hidup Lia untuk akan datang, apa yang Lia boleh berhijrah? Allahuallam. Kata orang 'we just plan the best, but Allah is the best planner'. Kunci kejayaan bagi seseorang yang dah pernah berjaya (positive) is Doa and Usaha. With doa without usaha is nothing. Vice versa. Doa and Usaha must always stick together. InsyaAllah kejayaan itu datang, cuma cepat atau lambat tu je yang kita tak tahu :) 

Di bawah ni merupakan list aktiviti Lia dari tahun 2005 sehinggalah sekarang ini. 2005 dan kebawah Lia tak mampu nak ingat apa yang Lia dah sertai and Lia rasa Lia budak yang sangat pemalu, tak sertai apa-apa aktiviti. Hehe. Masa tu Lia sekolah rendah lagi. So memang tak ingat sangat. But, since I was in form 1, Lia banyak attend aktiviti. So so so, kepada sesiapa yang rasa-rasa pernah attend aktiviti tu juga, inform me please! Serious nak cari balik kawan-kawan Lia yang join semua aktiviti kat bawah ni. Rindu lah. Lia pon ingat-ingat muka je. Contact number semua lost. Mana tak nya, asik hp kena format, tak pon, tukar hp, or tak pon, hp hilang. Macam-macam dah jadi. -_____-" Okay back to the topic. Oh btw, bawah ni juga adalah kejayaan yang Lia berjaya peroleh, insyaAllah Lia akan grab lagi kejayaan untuk masa akan datang. Amin. =)




2005

  • Kem Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber , 4, 5 & 6 Mac 2005 , anjuran Lembaga Pengawas Pusat Sumber dengan kerjasama Unit Bimbingan, Kaunseling & Kerjaya.
  • Program Pendidikan Pengguna Bil. 19/2005 , 28 September 2005 , anjuran Perpustakaan Negara Malaysia.


2006

  • Johan Pertandingan Kawad Kaki Sek Men Daerah Gombak Tahun 2006 , 27 April 2006 , anjuran Pergerakan Puteri Islam Daerah Gombak.
  • Johan Pertandingan Kawad Kaki Hari Kokurikulum 2007 ,  7 Julai 2007 , anjuran SMK Lembah Keramat.


2007

  • Anugerah Sjili Kelas Pertama Kursus ‘’TOKOH HARAPAN UNIVERSITI’’ , 15 April 2007 , di Dewan Syarahan Masjid Negara Kuala Lumpur , anjuran RnP Profesional Specialist.
  • Johan Pertandingan Kawad Kaki Sek Men Perhubungan Daerah Gombak , 24 April 2007 , anjuran Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Gombak.
  • Leadership Camp , 25 – 26 May 2007 , di SMK Lembah Keramat, anjuran SMK Lembah Keramat.
  • Anugerah pengiktirafan Pembaca Paling Banyak Tingkatan 3 bagi Bulan Mei & Jun 2007 , 9 July 2007.
  • Anugerah pengiktirafan PERAK dalam Program NILAM Tahap JAUHARI , 9 July 2007.
  • Anugerah pengiktirafan GANGSA dalam Program NILAM Tahap JAUHARI , 9 July 2007.
  • Pengiktirafan sebagan RAKAN PEMBACA dalam Program NILAM , 9 July 2007.
  • Tempat ke-3 Perseorangan dalam Pertandingan Catur Terbuka 2007 , 16 Dec 2007 , anjuran Biro Sukan & Rekreasi Rukun Tetangga Taman Permata ‘A’.


2008

  • Penyertaan dalam Acara Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Selangor 1429H/2008M , 20 Mac 2008 , di Stadium Malawati Seksyen 13 Shah Alam, anjuran Kerajaan Negeri Selangor.
  • Kem Kepemimpinan Perdana 2008 SMK Lembah Keramat , 11 – 13 April 2008 , d Kem Lembah Genting, Batang Kali Selangor , anjuran Cliffhanger Adventure.
  • Pertandingan Kemahiran ASEAN Ke-7 , 14 – 16 Nov 2008 , di Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah Jalan Chan Sow Lin Kuala Lumpur , anjuran Kementerian Kerja Raya Malaysia dan Urusetia Pertandingan Kemahiran ASEAN Ke-7.


2009

  • Kursus Asas Ketua Tingkatan, Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) , 7 Feb 2009 , di SMK Lembah Keramat, anjuran SMK Lembah Keramat.
  • Perlantikan ahli Skim Lencana ANTI Dadah (SLAD) , 30 Mac 2009, anjuran SMK Lembah Keramat.
  • Anugerah pengiktirafan EMAS dalam Program NILAM Tahap JAUHARI , 31 March 2009.
  • Kuiz Kimia Kebangsaan Malaysia 2009 , 16 Julai 2009 , anjuran Institut Kimia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Bengkel Sejarah 2009 , 7 Nov 2009 , di Universiti Sains Malaysia , anjuran Informative Charismatic Training & Management Consultant.
  • Tempat ke-4 dalam Pertandingan Solar Cooking Peringkat Sekolah , Tahun 2009 , di SMK Lembah Keramat.


2010

  • Communicative English for SPM Leavers , 20 Feb 2010 – 26 Feb 2010 , conducted by the Institute for Languange Advancement (IfLA) International Islamic University Malaysia.
  • Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Perlis , July – Nov 2010.


2011

  • Naib Setiausaha Persatuan Mandarin , Jan 2011 , UiTM Perlis.
  • Presiden Kolej Beringin , Nov 2011 – Mei 2012 , di UiTM Perlis.
  • Majlis Tertinggi Kolej UiTM Perlis , Nov 2011 - Mei 2012 , di UiTM Perlis.
  • Jelajah Transformasi & Perpaduan Bangsa , 17 – 18 Dec 2011 , anjuran UiTM Perlis.


2012

  • Presiden Kolej Beringin , June 2012 – October 2012 , di UiTM Perlis.
  • Majlis Tertinggi Kolej UiTM Perlis , June 2012 - October 2012 , di UiTM Perlis.
  • Urusetia Program Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) 2012 , 28 Feb 2012 , anjuran Majlis Tertinggi Kolej UiTM Perlis.
  • Konvensyen Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Semalaysia 2012 , 3 – 4 April 2012 , di Lotus Desaru Beach Resort Johor , anjuran Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Johor.
  • Larian Terbuka Arau 2012 Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke – 69 DYMM Tuanku Raja Perlis , 11 Jun 2012 , di Dataran RPA Arau Perlis , anjuran UiTM Perlis dengan kerjasama JKKK / KRT RPA Arau.

CTIC Corporation Sdn Bhd - Current.

Alhamdulillah, sekarang ni Lia kerja dekat CTIC Corporation di Wangsa Maju. Dekat je dengan rumah Lia. Kerja ni dari pukul 9 am - 6 pm. Im as a Management Trainee (MT). So far best la kerja dekat situ. Office Lia tu HQ. Banyak lagi cawangan dekat tempat lain. So Lia bersyukur juga lah dapat tempat kerja bahagian HQ. Meja Lia pon berhadapan dengan bos syarikat CTIC ni. Nak tak Nak disiplin kena jagalah. Setiap hari pakai baju kurung. (baik tak?) Haha. Kerja Lia ialah kena contact dengan customers yang menggunakan number tel Digi. Im as a collector. They are my debtors. So tel kena sentiasa dengan Lia. Kadang-kadang tu bila bosan Lia call kawan-kawan, sebab free je call orang. Ahaks. (kantoi!) Environment dalam tu okay, bersih, wangi, and sejukkk. Lia pakai coat dalam tu. Bajet bos lah kan. Hehe! Ahah, kawan-kawan pon not bad. Time lunch ada dua orang kawan Lia ni, Melisa and Puteri selalu ajak lunch sama-sama. Lia follow je :) Dorang tu awesome lah! Baik sangat. And Lia ada 2 orang kawan dari sek men, Aishah and Syahirah, kerja dekat situ juga. Selalu lepak dengan diorang. After balik kerja mesti nak singgah Wangsa Walk Mall. Hehe. Jadi sesiapa nak jumpa Lia tu, jumpa dkt WWM jam 6 pm k? Hahah. *teetttt. Poyo pulak Lia ni =)


LiaOmey di office.

So sampai di sini je lah ku berceloteh. Sehingga kita berjumpa lagi ye. See ya. Salam :) and take care!


Btw, saya sayang kawan-kawan saya :)

1 comment:

  1. erm..

    camne lu boleh igt semua benda-benda tu? macam-macam plak tu.. dadah la, masak la, lari la,kuiz la, bahasa Cine la.. aduh.. bizinya time sekolah..

    Gua pon x igt ape gua buat zaman sekolah dulu..

    dah nyanyuk kowt.. haha..

    tahniah sebab anda seba boleh..

    Mejah.

    ReplyDelete