14 April 2017

Allah makbulkan doaku

Terima kasih Allah. Aku bersyukur!

Satu doa Lia diangkat oleh Allah swt ketika Lia di Mekah depan Kaabah.
Lia merayu dan berdoa sangat pada Allah,

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Engkau bukakan pintu hati team Chettaki Omey untuk ke Dexandra Family Orientation Ya Allah. Aku mohon Ya Allah semoga seramai 80 orang yang akan join ke DFO 2.0 pada 8 dan 9 April ini."

Syukur Alhamdulillah Lia tak sangka Allah makbulkan DOA Lia yang ini. ðŸ˜­

Sedangkan masa Lia berdoa itu team Chettaki Omey yang betul betul join cuma 40 orang sahaja.

Tetapi. Sungguh luar biasa, hari ini tepat 80 orang dari team Chettaki Omey yang akan ke DFO pada minggu ini. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih sangat Engkau mendengar DOA hambamu ini.

Mintalah pada Allah. Mintalah apa sahaja pada Allah. Allah akan berikan juga pada kita, lambat atau cepat sahaja. Yakin dan percayalah bila kita berdoa, pasti doa kita diangkat olehNya. Dia Maha Mendengar.

Terima kasih Kak Ernayanee anjurkan program DFO sekali lagi. Program yang memberikan kesan luar biasa. ILMU yang begitu hebat. Terima kasih juga team Chettaki Omey yang dapat pergi ke DFO ðŸ˜­ Kita jumpa di DFO ya.

Lia betul betul nak team CO grab ILMU sebaik mungkin sehabis mungkin untuk dua hari di DFO. Semoga anda semua selepas ini menjadi JUTAWAN DEXANDRA dunia dan akhirat. ‎

آمِÙŠّÙ†ْ آمِÙŠّÙ†ْ ÙŠَا رَ بَّ العَـــالَÙ…ِÙŠْÙ†

Nak peluk KakErna! Nak peluk semua team Chettaki Omey! ðŸ˜¢ðŸ˜¢





No comments:

Post a Comment